Kerjaya Bunga Isme

Bunga Isme mula dikenali umum menerusi satu klip video di YouTube bertajuk 16 Baris bersama Joe Flizzow meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta.[4]

Bunga telah terpilih untuk menjayakan persembahan di festival kesenian Melayu, Pesta Raya yang diadakan di Singapura.[5]

Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama Warner Music Malaysia dan seterusnya muncul dengan single pertamanya, "Bunga".[6]

Pada tahun 2020, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Aku, Bunga arahan Kabir Bhatia dan dibintangi bersama Ben Amir dan Naim Daniel.[7] Ia memulakan tayangan perdana di Astro First pada 13 Ogos 2020. Selain berlakon, beliau turut menyumbangkan runut bunyi telefilem yang bertajuk "Apadehal". Menurut Bunga, cerita yang dipaparkan bukan 100 peratus kisah hidupnya.[8] Untuk menjayakan Aku, Bunga, beliau mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Fauziah Ahmad Daud sebelum memasuki set penggambaran.[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga Isme https://www.abouther.com/node/21016/entertainment/... https://gempak.com/artikel/20922/muncul-di-bloombe... https://www.instagram.com/@bungaisme/ https://www.scmp.com/lifestyle/entertainment/artic... https://www.seattletimes.com/entertainment/success... https://www.therakyatpost.com/2019/07/05/perak-bor... https://www.thevocket.com/lihat-persembahan-bergay... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/609470/bunga... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/472795/bun...